![]() |
NITA MENYERTAI DUNIA KECANTIKAN NATURAL CLENX TEA ![]() Petaling Jaya, 30 July, 2008 Dewasa ini setiap insan mempunyai rahsia tersendiri untuk mereka kekal cantik dan sihat sentiasa. Hari ini, banyak alternatif lain diterokai demi menjaga kesihatan, antaranya penggunaan herba-herba asli serta ubat-ubatan moden. Ini juga tidak terkecuali dari penyanyi bersuara merdu yang pernah memenangi naib juara untuk Malaysian Idol musim ke 2, Norhanita Binti Hamzah atau lebih senang dikenali sebagai Nita. Nita yang dilantik menjadi Duta kepada Natural Clenx Tea sejak bulan Jun 2008 berkata, beliau telah mencuba produk ini sejak 3 bulan lalu. "Sejak dulu Nita mempunyai masalah penghadaman dan perkumuhan yang merunsingkan. Bukan saja terasa perut kembang selepas makan, malah akne-akne banyak tertumbuh di wajah saya. Namun, keadaan bertambah baik setelah saya minum Natural Clenx Tea beberapa kali." Nita yang dibawah pengurusan The 8 Unit ini, agak waswas untuk mencuba produk ini buat kali pertama. Tetapi apabila beliau diberitahu yang produk ini diperbuat daripada bahan-bahan organik semula jadi, beliau terus yakin untuk menggunakannya. Bukannya apa, cuma Nita lebih berhati-hati dalam memilih barangan yang Nita pakai agar ia tiada kesan sampingan dikemudian hari" kata Nita. Natural Clenx Tea diperbuat daripada 100% campuran teh hijau dan herba organik semulajadi, ia tidak mengandungi gula tambahan dan pelawas. Selain merangsangkan pergerakan otot usus, Natural Clenx Tea juga dapat menyingkirkan bahan buangan, toksin dan lemak lebihan daripada badan bagi mencapai kesan pelangsingan dan kesihatan. Produk ini telah diiktirafkan HALAL oleh JAKIM serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan serta telah memenuhi piawai GMP antarabangsa. Maka, ia adalah selamat dan sesuai diminum oleh semua kaum. Nita yang terharu menjadi Duta kepada produk Natural Clenx Tea ini berkata, Nita pada mulanya agak terkejut apabila ditawarkan untuk menjadi Duta kepada produk ini. Nita jenis yang suka 'study' dulu sesuatu produk itu sebelum menjadi Duta. Nita tidak akan mengambil peranan Duta itu jika produknya tidak berkesan. Bukan apa, takut nanti bila orang diluar sana atau peminat Nita mencuba produk itu dan ianya tidak berkesan, nanti orang kata Nita tipu pula." Apabila ditanya apa yang membuatkan Nita tertarik dengan produk ini beliau menjawab, "Produk Natural Clenx Tea ini amat senang untuk diamalkan. Cuma menikmati secawan Natural Clenx Tea selepas hidangan. Ini terutama sesuai untuk orang yang sentiasa sibuk seperti saya. " Produk ini senang didapati di kebanyakan farmasi utama negara. Dengan harga yang amat berpatutan, produk ini sesuai diminum oleh semua golongan dan peringkat umur. Harapan Nita, agar orang ramai dapat mencuba produk ini lalu dapat mengetahui kebaikan dan keunikannya supaya melihat sendiri akan hasilnya. Untuk sebarang pertanyaan untuk Nita, sila hubungi The 8 Unit ditalian 03-7726 6333 ext 3409 atau faks 03 - 7726 0649 Untuk maklumat lanjut mengenai produk Natural Clenx Tea, sila hubungi talian Hotline 1800-88-2993 dari 9 pagi hingga 5 petang (Isnin - Jumaat) atau layari http://www.nhdetoxlim.com |
|||