![]() |
PRESS RELEASE: Nita Releases Her Debut Album
Nita, pemilik nama lengkap Norhanita Bte Hamzah, telah pun muncul dengan album pertama pada 29hb Januari 2007. Album yang hanya menggunakan judul Nita bakal mengukuhkan lagi nama beliau setelah lebih setahun menyandang naib juara Malaysia Idol ke-2.Nita merupakan artis rakaman dibawah Suria Records Sdn Bhd (SRC), manakala The 8 Unit pula bertindak sebagai artiste management. Penghasilan album yang memakan masa hampir setahun memberi lebih ruang kepada Nita and juga pihak Suria Records dalam mengumpulkan lagu-lagu terbaik untuk album ini. Setaraf dengan kedudukan beliau sebagai Idol Malaysia, album pertama ini menjadi pengukur kepada karier Nita, selain itu, inilah buah tangan pertama Nita buat peminat-peminat yang selama ini banyak membantu serta mengundi beliau semenjak muncul dalam pertandingan Malaysian Idol 2. Pihak SRC telah menerima lebih 50 buah lagu di peringkat awal dan hasilnya sepuluh buah lagu yang dirakamkan adalah yang terbaik mengikut kesesuaian vocal Nita. Pihak kami cukup berpuas hati semasa proses rakaman dan Nita sendiri begitu bersungguh-sungguh dan amat teliti semasa proses rakaman dijalankan yang mengambil masa lebih 3 bulan.
Walaupun ini pengalaman pertama Nita di studio rakaman, beliau banyak mendapat bimbingan daripada komposer-komposer ternama serta pengalaman menyertai Malaysian Idol 2 juga banyak membantu Nita semasa proses rakaman album ini.Nita juga ingin menyatakan rasa terima kasih kepada juri Malaysian Idol 2 iaitu Paul Moss, kak Gee (Fauziah Latif), Roslan Aziz serta semua krew2 MI2, mereka ini sebenarnya banyak sekali membantu Nita untuk lebih berkeyakinan dan kritikan dari mereka juga telah banyak merubah cara Nita menyanyi. Album Nita menyenaraikan antara komposer2 hebat seperti Adnan Abu Hassan, Sharon Paul, Cat Farish, Mac Chew, siew, Azmeer, Zulkefli Majid, Alfa Booty, Helen Yap dan Pot Amir. Barisan komposer-komposer tadi jelas memperlihatkan album pertama Nita memuatkan lagu-lagu terbaik yang menepati citarasa terkini. Gadis tinggi lampai dan merupakan anak jati Kuala Lumpur ini cukup gembira dengan album ini kerana ianya merupakan titik mula karier beliau sebagai artis rakaman. Album Nita berkonsepkan Pop dan memuatkan 10 buah lagu. Imej yang ditampilkan Nita menerusi album ini begitu bersesuaian sekali dengan dirinya yang seksi, feminin dan agresif. Sikap percaya diri serta berani kadangkala juga menjadikan Nita sebagai ikon fesyen di Malaysia. ![]() Pakej yang lengkap ini memberi ruang yang lebig luas untuk Nita terus menapak sebagai seorang penyanyi yang disegani suatu hari nanti. Bersandarkan sepuluh buah lagu antaranya:-
Nita juga tidak lari dari rasa gementar untuk melihat sejauh mana penerimaan peminat terhadap album pertamanya ini. Beliau telah berusaha memberi yang terbaik, selebihnya Nita serahkan kepada pendengar atau pihak media untuk memberi sebarang komen. Album Nita dijual dengan harga RM29.90 untuk CD, manakala kaset RM16.80. |
|||